Assalamualaikum.
alfatihah buat mak.. amin..Damailah Duhai IBU. Damai lah Duhai IBU. Terima Kasih Ya allah.. Terima Kasih Ya allah.. Terima kasih Ya allah..
Hari ini, 03.04.2013. -merupakan hari lahir Mak saya yang ke 63, ;-) (selamat hari lahir mak)!!
selalu setiap tahun menjadi rutin kami anak-anak akan bersamanya meraikan bersama mak. Kini pusara Mak menjadi agenda kami melawat mak. * air mata menitis tatkala huruf-huruf ini di type..
23.02-2013-pemergian seorang insan yang amat kami sayangi. persemadian yang abadi. AMIN..MAK....
13 hari selepas hari lahir saya yang ke 31 disambut, mak ceria terima kad dari saya tanda terima mak lahirkan diri ini dan segalanya terima kasih memegang amanah allah untuk MU..
Sungguh... kami amat merinduinya, sungguh kami amat merinduinya. Rindu segalaNYA tentang mak. Namun kami akur inilah kehidupan yang perlu ditempuhi. Sukar pada awal menerimanya, alhamdulillah kini kami redha dan terima segalanya..
Ingatan buat mak, kenangan bersamanya tidak pernah luput dalam ingatan saya dan adik beradik. Berat buat kami sebenarnya, menempuhinya tanpa mak disisi. 31 tahun bersama mak,banyak pengalaman yang indah di lalui. Teguran dan ajarannya cukup bermakna. sehingga kini.. In Shaa Allah, akan ku ajar anak-anak ku duhai Mak.
Seorang Ibu tidak sama, tiada yang sama dengan mana insaan yang kita kenali. Itulah hebatnya ALLAH jadikan Dia sebagai mak kita. Hargainya sebaik mungkin. Pelukkan seorang Mak, Suapan Nasi dari jario jemarinya yang mulus lagi buat saya benar-benar rindu. Kerana di hujung usia mak, mak masih lagi menyuapkan nasi kepada saya tatkala saya menemani mak makan. Alangkah indahnya perasan halus seorang Mak. terlalu indah, sukar untuk diterjemah.. ;-)
Raya aidiladha , adalah raya terakhir kami bersama mak merayakanya. Mak mula lemah dan terus lemah apabila penyakitnya mula merebak. Kami tetap positifkan diri dan teruskan rawatan yaang diperlukan oleh seorang penyakit kanser usus atas nasihat pakar .
Rawatan akhir pada hujung bulan januari 2013, wajah yang sentiasa mengamit rindu yang mendalam, wajah yang sentiasa dalam ingatan, wajah yang sentiasa dalam doa, wajah yang sentiasa ingin kudakap. Namun kini tiada. Hanya iringan doa buat mak:
Ya allah, ya allah.. ya allah..
terima lah Mak saya ya allah.. Terima lah ya allah..
kami hambaMU yang lemah, yang jahil ya allah..
ya allah terima lah ia ya allah..
tempatkan rohnya bersama para syuhada ya allah..
terimalah rohnya dengan penuh kasih sayang MU ya allah.
terima lah ya allah..
terima kasih ya allah, terima kasih ya allah, terima kasih ya allah.
amin ya rabbal'alamin.
Genap setahun memori indah bersama suami tersayang, ayahanda yang kami ada kini.. ;-)
kami tahu rindu mu bertandang amat kuat diruang hati mu, sehingga air mata halus mu menitis di pipimu tatkala kerinduan mengamit hati. In sha allah, ayah kuat semangat dan tabah dalam menempuhinya.
Salam kasih dan Sayang kerana allah buat kalian.
anakMU.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan